Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat sekolah

, , No Comments
Sk. Holy trinity telah mengadakan Hari Raya peringkat sekolah. Majlis sambutan ini diadakan oleh setiap kelas. Walaupun diadakan secara ringkas tetapi ia dalam suasana yang meriah kerana amalan mengunjungi dari kelas ke kelas diadakan. Majlis sambutan diadakan pada waktu rehat. Hmm.. banyak makanan yang dibawa oleh murid-murid serta sumbangan oleh guru-guru. Lihatlah betapa meriahnya mereka.



Ni di dewan mini, sambutan raya gabungan murid-murid tahun enam.


Ha ! tangkap gambar saja ? Tak mahu menikmati hidangan kami ke ? Pegawai di Klinik Pergigian sekolah juga turut di jemput sama-sama memeriahkan majlis.


Bila agaknya kami dapat kad undangan korang ye!!??


Gembira di hari raya. Murid-murid tahun enam.


Murid-murid tahun enam, sabar ya, bagi peluang tetamu korang menikmati juadah kamu.


wow !! banyaknya makanan, mana satu nak pilih !


Ni sambutan Raya kelas 5 Dinamik.


Ni majlis 5 Effektif. Bossnya yang bertudung hijau tu Puan Matilda.




Tiada makanan ?!


Murid 5 Cerdas. Walaupun tiada apa-apa hidangan tapi tetap happy..hehee


Selamat Menyambut Hari Raya .

0 comments:

Post a Comment