Dapatkan Free Full version MODUL TRIUMPH UPSR 2016

MODUL TRIUMPH REDONG UPSR 2016

============================

#Vol 1 : Grammar Practice

(112 pages/1.43mb)


#Download here : TRIUMPH REDONG VOL 1.pdf

============================

#Vol 2 :

- text completion
- social expression
- comprehension (obj + subjective)

(100 pages/7.05mb)


#Download here: TRIUMPH REDONG VOL 2.pdf

============================

#Vol 3 :

1. Information Transfer
2. Sample section b(i) format
3. Formatted writing
4. Essay section c(i)
5. Essay section c(ii)

(97 pages/7.43mb)


Download here: TRIUMPH REDONG VOL 3.pdf

============================

KREDIT : Panitia BI SK Felda Redong (Mia)


Pengetua dan guru besar sekolah perlu memainkan peranan lebih proaktif dalam mengenalpasti guru yang didapati mempunyai masalah kemurungan di sekolah mereka.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sistem pengurusan pendidikan di negara ini mempunyai strukturnya dimana pengetua dan guru besar bertanggungjawab di peringkat sekolah, pegawai pendidikan daerah pula terbabit di peringkat daerah dan pengarah pendidikan negeri pula berperanan di peringkat negeri.

Pengetua dan guru besar perlu memainkan peranan yang proaktif kerana mereka ini yang bertanggungjawab. Sebagai contoh katakanlah di sekolah itu ada hampir 50 orang guru, tidak bolehkah mereka mengenalpasti guru mana yang didapati mempunyai masalah kemurungan?.

“Mereka ini adalah pengurus di sekolah itu dan harus mengambil tanggungjawab ini di sekolah masing-masing dan ini sebenarnya pihak pengetua atau guru besar itu sendiri boleh menyelesaikannya di peringkat sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Pendidikan Bumiputera di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Syed Ahmad.

Beliau berkata jika didapati guru berkenaan mempunyai masalah berkenaan, pengetua atau guru besar boleh memanjangkan perkara itu kepada pihak pejabat pendidikan daerah (PPD).

“PPD pula boleh mambawa perkara itu kepada pihak jabatan pendidikan negeri bagi memastikan guru terbabit boleh diletakkan di suatu tempat yang selamat dan jauh daripada murid dan pelajar.

“Semua perkara ini dapat diselesaikan sekiranya sikap kertanggungjawaban itu ada pada setiap pengetua atau guru besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden seorang murid tahun dua sebuah sekolah kebangsaan di Penampang, Sabah yang  menerima lapan jahitan di kepala selepas cedera dibaling sebuah kerusi kayu oleh seorang guru di sekolah berkenaan semalam.

SK Holy Trinity dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia telah mengadakan program Jom Ke Sekolah pada hari ini serentak di semua sekolah di seluruh negara. Majlis Pelancaran Peringkat sekolah Holy Trinity telah disempurnakan oleh Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) iaitu SM Amran Sulaiman dari Cawangan Narkotik IPD Tawau.

Majlis didahului dengan nyanyian lagu kebangsaan, lagu negeri dan lagu sekolah. Penolong Kanan Pentadbiran seterusnya menyampaikan ucapan perutusan daripada Menteri Pendidikan Malaysia. Sementara itu wakil PDRM iaitu Sarjan Mager Amran Sulaiman pula menyampaikan ucapan perutusan daripada Ketua Polis Negara. Dalam ucapan beliau juga menyarankan murid-murid supaya menjauhi kesalahan jenayah seperti menghisap gam dan mengambil dadah kerana tindakan tetap akan diambil tanpa mengira kedudukan.

Seterusnya, SM Amran melancarkan peti aduan disiplin salah laku didiplin di mana murid memasukan aduan ke dalam kotak aduan sebagai simbolik pelancaran peti aduan didiplin.















Hari ini 16 Januari merupakan hari terakhir Guru Besar Cemerlang Sir Leonilo Mirasol bertugas di SK Holy Trinity kerana bersara wajib. Beliau menjalankan tugas sebagai guru besar di SK Holy Trinity sejak 2000. Selama 16 tahun beliau membina SK Holy Trinity telah membuahkan hasil apabila keputusan peperiksaan UPSR meningkat pada setiap tahun. SK Holy Trinity mencapai kemuncak kecemerlangan apabila tersenarai berada dalam 10 sekolah terbaik keputusan peperiksaan UPSR peringkat negeri Sabah.

Beliau merupakan seorang guru besar cool, tidak pernah meninggikan suara terhadap guru-gurunya. Beliau percaya guru yang ceria merupakan guru produktif. Beliau sememangnya berbeza dengan guru besar lain kerana mengambil pendekatan mesra kepada kakitangannya. Ini menyebabkan beliau begitu disegani dan dihormati di sekolah. Beliau percaya senyuman merupakan pendorong guru-guru melakukan kerja masing-masing.

Guru Besar Prihatin

Sir Leonilo merupakan seorang guru besar yang sangat prihatin akan kebajikan guru-gurunya. Apabila ada kakitangan yang menghadapi masalah, beliau berusaha mencari jalan untuk memberikan bantuan. Hanya guru-guru di bawah jagaan beliau sahaja yang mengetahui betapa beliau merupakan seorang Bos yang sangat baik dan tidak hairanlah pemergian beliau diiringi dengan tangisan, kesedihan oleh guru-guru dan AKS.

Selamat Bersara Sir Leonilo

16 Januari merupakan hari yang sangat menyedihkan buat 64 kakitangan sekolah khususnya dan semua murid SK Holy Trinity. Kalibat beliau pasti akan dirindui oleh warga sekolah. Semoga berjumpa lagi.



Tahniah kepada Cikgu Datu Iskandar yang ditawarkan untuk bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah Tawau. Semoga Cikgu terus berjaya dalam kerjaya sebagai seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan.

Jasa khidmat cikgu Datu Iskandar di SK Holy Trinity akan tetap dikenang sampai bila-bila. Selamat bertugas di tempat baharu.
Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mengharumkan nama baik sekolah dan keluarga. Semoga anda terus mengharumkan sekolah dan berjaya pada masa hadapan.


Izzran, Tokoh Sukan 2016


Christine, Tokoh Pelajar 2016


Mohd Haiqal, 6A UPSR 2016


Batrysia, 6A UPSR 2016

Hari ini SK Holy Trinity mengadakan Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik dan Kokurikulum, dan Majlis Konvokesyen Tahun 6 kali ke 15.

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Akademik dan Kokurikulum, dan Majlis Konvokesyen Tahun 6 telah dirasmikan oleh Ketua Wanita UMNO Kalabakan iaitu Puan Hajjah Cahaya Sulaiman.

Terima kasih kepada pihak gereja Holy Trinity yang memberikan kebenaran untuk menggunakan dewan.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua ajk pelaksana yang berjaya menjayakan program ini dengan jayanya. Terima kasih juga buat ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan penuh kepada pihak sekolah.